Thursday, June 23, 2011

KENAPA KITA MENGANTUK DALAM KELAS??


Salam..Hari ni aku tido macam orang gila..Jejak ke petang barula aku bangun..Mak aku dah bape kali dok bising..
"hah..tulah..malam-malam jadi burung hantu..siang tido macam lembu..bla~ bla~ bla.."

Nak buat camne sejak aku cuti sem ni schedule aku da swing sikit..Malam sampai ke pagi layan movie..Siang membuta! Isk..isk..isk! Teruk benor an? Cakap pasal membuta ni aku teringat pulak kat lecturer aku PUAN SHASHA..

"kenapa masa belajar dalam kelas awak rase mengantuk, tapi kalau kat luar kelas..masa awak jalan-jalan tak rasa mengantuk..?"
Masa tu dalam kelas FIN 536..Dahla tengah hari, lepas lunch pulak tu..tambah2 lagi subject theory..Pasal bank2 bagai..ko mampu tak tersengguk2 tahan mengantuk? Nasib la lecturer aku jenis bole kautim..Ade yang jenis tak kisah,.kau nak tido mengangkang kat belakang tu pon gasak kau la asalkan kau datang kelas..Nak kau dapat lecturer/cikgu/tutor yang jenis tengok student tersengguk sikit die capai handbag baling kat kau??
Lecturer aku kata kita selalunya mengantuk dalam kelas sebab kurang oksigen..Pasal tula dok menguap je tersengguk2 dalam kelas..Padahal tadi masa on the way nak pegi kelas bukan main lagi ko bergossip Hanis Zalikha, Annas Easkey bagai..Tiba time belajar dalam kelas?? Keluarkan file besar taruk atas meja cover2 muka takut lecturer nampak ko tido! Walaupon ko selalu bajet2 tidur sleeping beauty sehari lapan jam konon2 belum tentu ko tak tesengguk2 dalam kelas..So untuk mengelakkan ko membuta dan hilang fokus dalam kelas, bawakla bekal air mineral sebotol untuk menggantikan kehilangan oksigen dalam badan kita..
Mengikut fakta secara puratanya manusia kehilangan 80 peratus air sehari walaupun kita tak berkerja dan tidak aktif..Ini kerana manusia boleh kehilangan air melalui air kencing, peluh dan pernafasan..Sebab tulah kita boleh kehilangan air walaupun tak buat apa2..kita bernafas pun boleh kehilangan kandungan air yang besar dalam badan dalam bentuk wap..Dalam kelas kan ruangnya agak terhad..Nak-nak dalam kelas kau ade 60 lebih orang..masing2 sedut oksigen 120 kilo sejam..So sebagai alternatifnya bawakla air masak kat dalam botoi kan..Sebab kandungan utama air ialah oksigen..Jangan pulak ko melebih2 bawak kopi o, teh tarik, milo tabur, jeruk mangga bagai..Bukan setakat handbang, whiteboard kat depan tuh die hempukkan kat muka ko nanti! Ok aku pon dah mengantuk nie..Encik Enol pon dah mesej pesan jangan tido lambat2..Alahai~ bai!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments: