Friday, March 2, 2012

BELIEVE ME I LOVE PIZZA THIS MUCH!

Assalam..Ini adalah entry terakhir (mungkin) sebelum aku balik segamat. Kalau dah balik segamat kang entah bila lagi dapat hupdate blog. Busy semacam plus internet juga tidak berapa bagus di segamat bumi perantauan. Rujuk sini untuk maklumat lanjut. Entry kali ini jugak agak banyak gambar dihupload dengan bataknya. Ok saye suka pizza giler-giler!


dah sampai depan pizza..so apa lagi..kemon!


act pretty sementara menunggu pizza siap dimasak!
ouh ini bukan cerita kronologi ye sebab gambar yang dihupload adalah diambil pada masa yang berbeza.


oh..i love tis dem much! dis one pizza yang terpaling banyak cheese i've ever had. Yang 7 petala cheese tuh! tapi tak mampu den nak telan cheese ball tu. Tersangatlah cheesy..so alihkan.


ambil gambar adalah satu langkah yang bijak untuk mengurangkan tekanan menunggu plus tekanan akibat kelaparan..

menggeletis disamping kak dee dan cikinun lepas berjaya melicinkan meja yang penuh dengan makanan...

dessert after having pizza is pretty ohsem!

*ouh pengsan!

ape lagi kasi angkatla...

muke membulat sejurus sahaja berjaya menghabiskan pizza..

baby yuni juga adalah tersangat comel apabila berpizza..


dis time we got our superb quality time having pizza yang dibelanja oleh ex-rumate saye yang ohsem! yeay!!

the very kind hearted ex-rumate..say hi to thira~ looks like having appetizer on the table doesn't change anything..we want ours! After all we managed to get the bill first instead of our pizza. Ok itu adalah satu policy yang sangat mengannoying kan pun!


me? macam biasalah..act pretty..tolong jangan muntah cuz we are about having our pizza.


hey..she's honeybarney yaw!


no need to click to enlarge..big enough i guess..


specially ordered for Cik Eny cuz she got not sooo italian tekak..muak katenye makan pizza..


press 'call' eighteen times if they failed to serve all the foods on your table within 15 mins..yes u may


ouh i captured this didn't i?


no need to be explained..my full mouth describes everything!


pompuan nie poyo bawak buku konon-konon nak study while waiting for the pizza..but she managed to end up chatting..ouh, she's the girl with not sooo italian tekak!


me..and my yellowish bodyguards..teehee~


last two slices..for me and me..lalalalalalala


and they lived happily ever after....


you can clearly see this phenomenon while she's having her pizza..I'm pretty sure!


After all the best pizza time i've ever had while having a candle light dinner birthday surprise!! On a rooftop!! Ouh..that one is extremely superb ohsem i tell ya. Thanks to my Enche' Enol for that precious memorable surprise. If only we got someone to capture that moment...


```````````````````````````````````

Tuesday, February 28, 2012

THE UNEXPECTED SEEFOOD




Assalam..miahahahahaha XD tengok trailer je dah tergelak nak mam! Ni yang tak sabar-sabar nak tengok kat wayang. So, rakyat jelata sekalian boleh la get ready serbu panggung wayang terdekat 8.2.2012 ni, kite layan cite nih!





moh la kite...


http://www.seefood-themovie.com/



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, February 27, 2012

BARU AKU SEDAR APA HOBI AKU





Assalam..Cuti sem ni semakin membosankan, membuntukan, membingungkan, dan menaseblah ada dalam seminggu je lagi. Duduk rumah lama-lama otak aku payah nak berkembang gara-gara tak terdedah kepada dunia luar. Aku ni ternyata bukanlah makhluk yang mampu duduk rumah dan bergoyang kaki sahaje ye. Aku perlukan gaya hidup yang aktif.

Jangan salah anggap ye. Gaya hidup yang aktif tu bukanlah maksudnya panjat gunung, lari laju-laju 1000 kilemeter, memburu ayam hutan waima pergi melombong emas di kampung melayu. Gaya hidup aktif aku yang masih muda remaja nie, (ko tak sedar diri sangat kan pompuan) adalah seperti menghabiskan masa berjam-jam bergossip dengan rakan sebaya, merambu dan berjimba-jimbana tanpa kompas penunjuk arah, dan yang sewaktu dengannya lah.

Dowh, ko ingat aku takde life ke hape?? Aku nie seorang yang ekstrovert, social (maksudnye bukan kaki clubbing ye) lebih kepada suka bergaul dengan orang sekeliling, bukan duduk rumah, dalam bilik, atas katil, hadap lappy/ipad, main game! Hello~ ko ni sangat anti-social owkeyh. Go get a life! Sambung~Aku sangat suka bekerja (boleh jadi obses kalau buat bende yang aku suka).

Ok cukuplah setakat tu aku menyimpang daripada tajuk asal. Niat sebenar aku nak cakap pasal hobby. Berbalik kepada topik asal, dulu aku paling buntu kalau dapat soalan cita-cita nak jadi apa? Hobi di waktu/masa lapang? Yang ni memang aku fedap gilerrrr nak jawab okeyh. Selalunya kalau aku takde mood nak jawab soalan macam tu aku pakai hantam je jawab, kalau aku ada mood aku fikir jugakla dua tiga minit nak jawab apa. Tapi last-last jawapan dia still same jek!

Kalau tang cita-cita tu memang standard la aku nak jadi polis, peguam, doktor (pakar cardiology okiee..ko mampu?) Beselah zaman budak-budak what do u expect? Profesyen tu jela yang aku tau dulu mase kecik-kecik. Kalau dengar Fund Manager, Remisier, Draughtsman..natang ape tu? tsk tsk T_______T sedeyyyyh.




hello~ aii tetap howt walaupon polis okiee..


Kalau tang Hobby lak, aku memang failed giler, sebab aku rasa aku tak pernah ada hobby. Kalau ada pon hanyalah menggondrongkan diri. Makne kata lain MAKAN+TIDUR. Tu jela yang aku buat tak kira lapang atau tak lapang. Tapi semenjak dah dewasa ni baru la hobi aku muncul secara tak sengaja sikit demi sedikit. Baru aku sedar minat dan cenderung aku lebih kepada membaca dan menulis (disamping makan dan tidur).

Hek eleyh~ gile skem kan ko pompuan. Dulu time sekolah bila ada orang tulis hobi membaca, dengan sinisnya aku memandang beliau ----> betol ke ko neh? poyolah! (cakap dalam hati). Sekarang?? jangan heran lah kalau ada orang pandang sinis gaya menghanjengkan aku kalo aku tulis kat mana-mana, hobi : reading.




tengok tu..somell kan aii bace sambil tidur?? ngeyh ngeyh..

Kalo ko nak muntah, pengsan silakan jela..mak paham..Sebab apa tiba-tiba aku rase aku suka membaca dan menulis? Sebab time cuti sem nie, kirenya waktu/masa lapang la ni kan? Bila aku keluar, direct pergi kedai buku, beli buku (alasan..padahal nak shopping abeskan voucher buku yang dua ratus tuh kan?). Bila aku bukak blog, tekan link sana, tekan link sini blogwalking.Bace blog yang best-best. Tak kiralah blog ilmiah, gossip waima yang berunsurkan masakan.

Menulis pulak memang tak boleh dipertikaikan. Bukti aku suka menulis zaarahayatluvwhiteroses. Aku seorang blogger, kerja blogger menulis walaupun niatnya mengolah, memberi pendapat, mengutuk juga sesekali, mangadu, menyampaikan maklumat, mengongsi dsb (padahal update entry setahun sekali). Lagi satu bila aku ada idea aku akan cepat capai apa-apa yang boleh ditulis sebelum idea tu hilang tulis kat situ. Lepas tu aku lupa bila masa aku tulis mende jejiwang karat camnih! Sedeyyyhh~ tsk tsk T________T

----------------------------------------

Wednesday, February 22, 2012

ZAMAN BANGANG AKU



Salam..Dah tua dah aku rupenye..alahai~Makin besar ni makin risau pulak aku. Dek memikirkan tanggungjawab-tangungjawab yang bakal aku pikul, cabaran dan halangan yang bakal aku hadapi dalam hidup. Teringat dulu zaman-zaman sekolah aku. Tak pernah serius memikirkan masa depan. Sekarang baru aku nak menggelabah pikir. Dah terlambat tau tak??

Hehe..Chillex jela~ kan tuhan dah merancang semuanya. Juz follow the flow okiee..Tapi janganlah sampai takde target langsung dalam hidup ye. Ko nak jadi sampah? Cakap pasal zaman sekolah (zaman bangang aku).. Hari ni...dengan didorong oleh result exam yang agak memuaskan, aku nak share gambar-gambar zaman sekolah aku dolu-dolu dengan korang. Walaupon ape yang bakal ditayangkan nanti agak menjatuhkan market aku, tapi aku rase teringin sangat nak share-share dengan reader yang sudi bace blog aku ni..Exclusive tau tak?? Hanya di zaarahayatluvwhiteroses okeyh!


Ni sekolah aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 1. Kronologi bermula dari sekolah menengah ye murid-murid, sebab aku takde gambar sekolah rendah. Nampak macam semak sikit sebab time ni ade sambutan hari kemerdekaan.



Haa..tengok tu, comel kan diorang. Nie la budak-budak class aku, 5 science 2. Berkobar-kobar sambut merdeka, nak menang letteww. Mane gambar tuan tanah???


Haaa..yang comel-comel tula aku. Hihihihihihi. Yang mencacatkan gambar tu adalah aizat, bakal arkitek. Time ni kalau tak silap aku, aku paksa si aizat ni buatkan jadual trial kowt untuk aku skali alang-alang die tengah buat untuk die. Sekali-sekala membuli kan, pe salahnya. Aizat kate time sekolah aku serabai! Kwaja an? Serabai sangat ke? erk!



Ni sume classmate aku. Pandai-pandaila korang cari yang mane satu aku disebalik keterjalan budak-budak class aku.


Nie antara geng-geng aku time sekolah dulu. Sebelah aku tu aty, sebelah aty ialah balqis. Selambe je aku pakai sekop hitam macam sekolah bapak aku padahal seingat aku sekali dua je bapak aku datang sekolah nie..


Tengokla ni,,bab-bab gantung menggantung semua pass kat aku kan..? Si Eric jahanam tu pulak amek kesempatan buat stok-stok bahan. Time ni class aku buat jamuan kelas..Yang terakhir lak tu..tsk tsk T_____T Jadi hias-menghias gantung menggantung ni depa pass kat aku.


Beliau adalah si jahanam yang dimaksudkan di atas. Memang agak serabai jugak sebenarnye aku time-time sekolah dulu rupenye kan..?? Baru aku sedar..tsk tsk T________T




Laut nie terletak betol-betol sebelah class aku..So kalau boring-boring, Eric and the geng selalu la lepak-lepak kat tepi-tepi laut sambil-sambil makan seafood, snorkling, diving, bla bla bla~ Kalau aku and the geng pulak,.boring-boring kitaorang lepak-lepak dalam kelas mengumpat die tu, die nie..tak kurang juga kadang-kadang mengumpat cekgu!


tukang-tukang pomen class aku..



yang buat kerja bertungkus-lumus semua perempuan, while yang lelaki....


crazy creations..



Guru-guru besau sekolah aku. Yang duduk tengah tu walaupon bukan paling besar, tapi dia ialah Pengetua sekolah saye. Yang berdiri tu pulak, cekgu class aku, Pn Rani Mukherji. Ngeh ngeh, Rani je sebenarnye ye. The rest, principle's penolongs...



Gengster pendek ni ialah Nazaty (epilogwannabe), my bff.Dulu time sekolah aku selalu pergi rumah dia, tidur kat rumah dia, mandi kat rumah dia, makan kat rumah dia..Haha, gila muke tak malu kan ko pompuan??



Kalau nak cerita satu-satu zaman sekolah aku, memang dua tiga hari belum tentu habis. Last pic, yang sebelah aku tu bff aku, Wan Habibah. Dari form 1 aku rapat giler-giler dengan die..Sekarang dah jadi mak orang dah dia. Tak caye terjah sini epiloghidup. Sebelah belon tu pulak petak. Nama sebenar Nazri Mat Irani. Aku ingat-ingat lupa. Die neh bakal cekgu kot kalau tak silap. Tapi dia dulu sport star sekolah aku. Nanti jadi cekgu PJK kot. Aizat? Tak payah ceritalah. Mamat poyo class aku!


p/s : lepas nie aku nk buat entry zaman kebebasan aku lak. Bile tu?? yang itu yang kite tak tau tu..tengokla free-free nanti..