Monday, February 27, 2012

BARU AKU SEDAR APA HOBI AKU





Assalam..Cuti sem ni semakin membosankan, membuntukan, membingungkan, dan menaseblah ada dalam seminggu je lagi. Duduk rumah lama-lama otak aku payah nak berkembang gara-gara tak terdedah kepada dunia luar. Aku ni ternyata bukanlah makhluk yang mampu duduk rumah dan bergoyang kaki sahaje ye. Aku perlukan gaya hidup yang aktif.

Jangan salah anggap ye. Gaya hidup yang aktif tu bukanlah maksudnya panjat gunung, lari laju-laju 1000 kilemeter, memburu ayam hutan waima pergi melombong emas di kampung melayu. Gaya hidup aktif aku yang masih muda remaja nie, (ko tak sedar diri sangat kan pompuan) adalah seperti menghabiskan masa berjam-jam bergossip dengan rakan sebaya, merambu dan berjimba-jimbana tanpa kompas penunjuk arah, dan yang sewaktu dengannya lah.

Dowh, ko ingat aku takde life ke hape?? Aku nie seorang yang ekstrovert, social (maksudnye bukan kaki clubbing ye) lebih kepada suka bergaul dengan orang sekeliling, bukan duduk rumah, dalam bilik, atas katil, hadap lappy/ipad, main game! Hello~ ko ni sangat anti-social owkeyh. Go get a life! Sambung~Aku sangat suka bekerja (boleh jadi obses kalau buat bende yang aku suka).

Ok cukuplah setakat tu aku menyimpang daripada tajuk asal. Niat sebenar aku nak cakap pasal hobby. Berbalik kepada topik asal, dulu aku paling buntu kalau dapat soalan cita-cita nak jadi apa? Hobi di waktu/masa lapang? Yang ni memang aku fedap gilerrrr nak jawab okeyh. Selalunya kalau aku takde mood nak jawab soalan macam tu aku pakai hantam je jawab, kalau aku ada mood aku fikir jugakla dua tiga minit nak jawab apa. Tapi last-last jawapan dia still same jek!

Kalau tang cita-cita tu memang standard la aku nak jadi polis, peguam, doktor (pakar cardiology okiee..ko mampu?) Beselah zaman budak-budak what do u expect? Profesyen tu jela yang aku tau dulu mase kecik-kecik. Kalau dengar Fund Manager, Remisier, Draughtsman..natang ape tu? tsk tsk T_______T sedeyyyyh.




hello~ aii tetap howt walaupon polis okiee..


Kalau tang Hobby lak, aku memang failed giler, sebab aku rasa aku tak pernah ada hobby. Kalau ada pon hanyalah menggondrongkan diri. Makne kata lain MAKAN+TIDUR. Tu jela yang aku buat tak kira lapang atau tak lapang. Tapi semenjak dah dewasa ni baru la hobi aku muncul secara tak sengaja sikit demi sedikit. Baru aku sedar minat dan cenderung aku lebih kepada membaca dan menulis (disamping makan dan tidur).

Hek eleyh~ gile skem kan ko pompuan. Dulu time sekolah bila ada orang tulis hobi membaca, dengan sinisnya aku memandang beliau ----> betol ke ko neh? poyolah! (cakap dalam hati). Sekarang?? jangan heran lah kalau ada orang pandang sinis gaya menghanjengkan aku kalo aku tulis kat mana-mana, hobi : reading.




tengok tu..somell kan aii bace sambil tidur?? ngeyh ngeyh..

Kalo ko nak muntah, pengsan silakan jela..mak paham..Sebab apa tiba-tiba aku rase aku suka membaca dan menulis? Sebab time cuti sem nie, kirenya waktu/masa lapang la ni kan? Bila aku keluar, direct pergi kedai buku, beli buku (alasan..padahal nak shopping abeskan voucher buku yang dua ratus tuh kan?). Bila aku bukak blog, tekan link sana, tekan link sini blogwalking.Bace blog yang best-best. Tak kiralah blog ilmiah, gossip waima yang berunsurkan masakan.

Menulis pulak memang tak boleh dipertikaikan. Bukti aku suka menulis zaarahayatluvwhiteroses. Aku seorang blogger, kerja blogger menulis walaupun niatnya mengolah, memberi pendapat, mengutuk juga sesekali, mangadu, menyampaikan maklumat, mengongsi dsb (padahal update entry setahun sekali). Lagi satu bila aku ada idea aku akan cepat capai apa-apa yang boleh ditulis sebelum idea tu hilang tulis kat situ. Lepas tu aku lupa bila masa aku tulis mende jejiwang karat camnih! Sedeyyyhh~ tsk tsk T________T

----------------------------------------

2 comments:

mrboy said...

wahhh mcm tu upenya hobi dia :)

Zaara Hayat said...

ngee~ ;)