Friday, May 24, 2013

HARI PERTAMA

 
Assalam. Lama sudah aku tak update blog. Jangan kata nak update, jenguk pun belum tentu. Haishh. Terasa diri ini teramat loser bab-bab hupdate blog gini. Malam ni, dengan didorong oleh perasaan rindu yang membuak-buak dan menggebu-gebu pada segamat, jum lah kita update sini pulak.
 
Hampir lima tahun aku kat segamat. Dulu mase mula-mula dapat diploma kat UiTM Segamat, aku rasa teruja tapi dalam masa yang sama risau tu tetap ada. Yela aku tak pernah tinggalkan rumah, ni lah masanya aku nak kene belajar hidup berdikari. Ni lah masanya aku nak merasa sepak terajang dunia luar. Lagi satu bende yang buatkan aku jadi semangat bila ada kawan sekolah aku yang dapat segamat jugak. Plus rumah Pak Uda aku pon kat segamat, lebih kurang 15km dari kampus UiTM Segamat. So okay la, lets do it well.
 
Jadi aku decide untuk terima tawaran tu. Sampai mase mak ayah adik aku hantar, bila sampai segamat aku masih tenang. Tapi bila masuk jalan ke UiTM perasaan berdebar-debar tu makin terasa. Bila aku pandang keliling. Hutan. Ade la juga rumah-rumah kampung sepanjang jalan nak masuk UiTM. Tapi apa yang aku nampak waktu tu surrounded by hutan. Apa nak cakap. Perasan masa tu teramat la risau. Macam mana aku nak hidup dalam hutan ni?
 
Bila sampai UiTM, dalam otak aku fikir macam mana la aku nk hidup dalam hutan ni. Memang totally surrounded by hutan. Awal-awal bende yang nak kene buat ialah sessi pendaftaran. Demi Allah ini pertama kali dalam hidup aku handle bende untuk diri aku sendiri. Ok ini pun loser. Aku rase quite nervous mase tu. Mase registration tu sebenarnye aku terjumpa one of my roomate. Tapi masa tu tak tau lagi dia tu akan jadi roomate aku.So, act pretty jela. Alhamdulillah hal registration berjalan dengan lancar. Semua dokumen yang patut diserahkan ada dengan aku. Kalau tak ada masak! Mau aku nangis kat situ. First Timeee.
 
Bila dah selesai hal registration tu, aku mula rase macam menyesal pulak aku datang sini. Alahai, habis apa aku expect? Menangis sambil keraskan diri macam batu macam aku buat mase mak aku nak hantar sekolah teknik dulu lepas tu cakap dengan mak aku, aku tak nak tinggal situ nak ikut mak aku balik? Oh nooooo. Aku tau mase tu pakai taktik ape pun takkan berkesan.
 
Jadi dengan rase berat hati aku terpaksa teruskan dengan jalan yang aku dah pilih tu. Bila sampai kolej (hostel) lagi rase nak meletup jantung aku. Mak, ayah, adik aku dengan dah mula angkat-angkat barang hantar dalam bilik. Jadi aku pon dengan berat hati pindahkan barang-barang aku dalam bilik.
 
Bila masuk bilik aku Nilam 220, dah ada dua orang roomate aku kat situ dengan family diorang. Aku pun salam-salam. Bila dah selesai angkut-angkut barang, aku turun bawah nak hantar family aku balik. Mase aku salam cium-cium mak aku tu memang jantung aku dah meletup seratus peratus mase tu. Tapi apa nak buat. Menangis air mata darah sekalipun aku tetap kene tinggal kat situ jugak. Aku tengok family aku berlalu pergi sampai mereka hilang dari pandangan mata aku. Mase nie air mata aku dah berjurai-jurai. Makkk. ;(
 
Lalu aku pun berjalan sambil tunduk naik ke bilik, menangis-nangis aku dalam tunduk tu. Bila sampai bilik aku, ketiga-tiga roomate aku dah ada dalam bilik tu. Mase tu tak sorang pon muka diorang tu aku pandang, aku masuk terus kemas-kemas barang aku. Bila letak barang dalam almari, sorok muka sikit, lap air mata. Sebenarnya aku tengah menangis masa tu, sebab tu aku tak nak pandang muka diorang, Nanti kantoila aku nangis. Time ni lah diorang cop aku sombong!
 
Begitulah pengalaman hari pertama aku kat segamat. Asing. Tapi Alhamdulillah. Hampir lima tahun aku kat segamat. Segala yang asing tu dah terlalu sebati dengan aku. Yang asing tu dah jadi sebahagian dari hidup aku. Segamat bagaikan rumah kedua bagi aku. Tempat aku belajar banyak bende dalam hidup. Tempat aku kenal pelbagai jenis ragam manusia. Tempat aku merasa susah payah jerit perih untuk jadi seorang yang berjaya.
 
Sumpah saat ni aku terlalu rindukan segamat. Terlalu rindukan semuanya tentang segamat. Rindu nak pergi kelas, rindu kawan-kawan, roomate, housemate, classmate, rindu lecturer, rindu kolej, rindu bas kuning, rindu banglo oren, rindu teratak, pantai timur, rindu kedai kuning,  rindu karok ramai-ramai, rindu! Bila aku rindu, aku tengok balik gambar-gambar masa sepanjang aku belajar kat segamat dulu. Terubat sikit rindu tu. Sobss ;'(

No comments: