Tuesday, February 28, 2012

THE UNEXPECTED SEEFOOD




Assalam..miahahahahaha XD tengok trailer je dah tergelak nak mam! Ni yang tak sabar-sabar nak tengok kat wayang. So, rakyat jelata sekalian boleh la get ready serbu panggung wayang terdekat 8.2.2012 ni, kite layan cite nih!





moh la kite...


http://www.seefood-themovie.com/



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, February 27, 2012

BARU AKU SEDAR APA HOBI AKU





Assalam..Cuti sem ni semakin membosankan, membuntukan, membingungkan, dan menaseblah ada dalam seminggu je lagi. Duduk rumah lama-lama otak aku payah nak berkembang gara-gara tak terdedah kepada dunia luar. Aku ni ternyata bukanlah makhluk yang mampu duduk rumah dan bergoyang kaki sahaje ye. Aku perlukan gaya hidup yang aktif.

Jangan salah anggap ye. Gaya hidup yang aktif tu bukanlah maksudnya panjat gunung, lari laju-laju 1000 kilemeter, memburu ayam hutan waima pergi melombong emas di kampung melayu. Gaya hidup aktif aku yang masih muda remaja nie, (ko tak sedar diri sangat kan pompuan) adalah seperti menghabiskan masa berjam-jam bergossip dengan rakan sebaya, merambu dan berjimba-jimbana tanpa kompas penunjuk arah, dan yang sewaktu dengannya lah.

Dowh, ko ingat aku takde life ke hape?? Aku nie seorang yang ekstrovert, social (maksudnye bukan kaki clubbing ye) lebih kepada suka bergaul dengan orang sekeliling, bukan duduk rumah, dalam bilik, atas katil, hadap lappy/ipad, main game! Hello~ ko ni sangat anti-social owkeyh. Go get a life! Sambung~Aku sangat suka bekerja (boleh jadi obses kalau buat bende yang aku suka).

Ok cukuplah setakat tu aku menyimpang daripada tajuk asal. Niat sebenar aku nak cakap pasal hobby. Berbalik kepada topik asal, dulu aku paling buntu kalau dapat soalan cita-cita nak jadi apa? Hobi di waktu/masa lapang? Yang ni memang aku fedap gilerrrr nak jawab okeyh. Selalunya kalau aku takde mood nak jawab soalan macam tu aku pakai hantam je jawab, kalau aku ada mood aku fikir jugakla dua tiga minit nak jawab apa. Tapi last-last jawapan dia still same jek!

Kalau tang cita-cita tu memang standard la aku nak jadi polis, peguam, doktor (pakar cardiology okiee..ko mampu?) Beselah zaman budak-budak what do u expect? Profesyen tu jela yang aku tau dulu mase kecik-kecik. Kalau dengar Fund Manager, Remisier, Draughtsman..natang ape tu? tsk tsk T_______T sedeyyyyh.




hello~ aii tetap howt walaupon polis okiee..


Kalau tang Hobby lak, aku memang failed giler, sebab aku rasa aku tak pernah ada hobby. Kalau ada pon hanyalah menggondrongkan diri. Makne kata lain MAKAN+TIDUR. Tu jela yang aku buat tak kira lapang atau tak lapang. Tapi semenjak dah dewasa ni baru la hobi aku muncul secara tak sengaja sikit demi sedikit. Baru aku sedar minat dan cenderung aku lebih kepada membaca dan menulis (disamping makan dan tidur).

Hek eleyh~ gile skem kan ko pompuan. Dulu time sekolah bila ada orang tulis hobi membaca, dengan sinisnya aku memandang beliau ----> betol ke ko neh? poyolah! (cakap dalam hati). Sekarang?? jangan heran lah kalau ada orang pandang sinis gaya menghanjengkan aku kalo aku tulis kat mana-mana, hobi : reading.




tengok tu..somell kan aii bace sambil tidur?? ngeyh ngeyh..

Kalo ko nak muntah, pengsan silakan jela..mak paham..Sebab apa tiba-tiba aku rase aku suka membaca dan menulis? Sebab time cuti sem nie, kirenya waktu/masa lapang la ni kan? Bila aku keluar, direct pergi kedai buku, beli buku (alasan..padahal nak shopping abeskan voucher buku yang dua ratus tuh kan?). Bila aku bukak blog, tekan link sana, tekan link sini blogwalking.Bace blog yang best-best. Tak kiralah blog ilmiah, gossip waima yang berunsurkan masakan.

Menulis pulak memang tak boleh dipertikaikan. Bukti aku suka menulis zaarahayatluvwhiteroses. Aku seorang blogger, kerja blogger menulis walaupun niatnya mengolah, memberi pendapat, mengutuk juga sesekali, mangadu, menyampaikan maklumat, mengongsi dsb (padahal update entry setahun sekali). Lagi satu bila aku ada idea aku akan cepat capai apa-apa yang boleh ditulis sebelum idea tu hilang tulis kat situ. Lepas tu aku lupa bila masa aku tulis mende jejiwang karat camnih! Sedeyyyhh~ tsk tsk T________T

----------------------------------------

Wednesday, February 22, 2012

ZAMAN BANGANG AKU



Salam..Dah tua dah aku rupenye..alahai~Makin besar ni makin risau pulak aku. Dek memikirkan tanggungjawab-tangungjawab yang bakal aku pikul, cabaran dan halangan yang bakal aku hadapi dalam hidup. Teringat dulu zaman-zaman sekolah aku. Tak pernah serius memikirkan masa depan. Sekarang baru aku nak menggelabah pikir. Dah terlambat tau tak??

Hehe..Chillex jela~ kan tuhan dah merancang semuanya. Juz follow the flow okiee..Tapi janganlah sampai takde target langsung dalam hidup ye. Ko nak jadi sampah? Cakap pasal zaman sekolah (zaman bangang aku).. Hari ni...dengan didorong oleh result exam yang agak memuaskan, aku nak share gambar-gambar zaman sekolah aku dolu-dolu dengan korang. Walaupon ape yang bakal ditayangkan nanti agak menjatuhkan market aku, tapi aku rase teringin sangat nak share-share dengan reader yang sudi bace blog aku ni..Exclusive tau tak?? Hanya di zaarahayatluvwhiteroses okeyh!


Ni sekolah aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 1. Kronologi bermula dari sekolah menengah ye murid-murid, sebab aku takde gambar sekolah rendah. Nampak macam semak sikit sebab time ni ade sambutan hari kemerdekaan.



Haa..tengok tu, comel kan diorang. Nie la budak-budak class aku, 5 science 2. Berkobar-kobar sambut merdeka, nak menang letteww. Mane gambar tuan tanah???


Haaa..yang comel-comel tula aku. Hihihihihihi. Yang mencacatkan gambar tu adalah aizat, bakal arkitek. Time ni kalau tak silap aku, aku paksa si aizat ni buatkan jadual trial kowt untuk aku skali alang-alang die tengah buat untuk die. Sekali-sekala membuli kan, pe salahnya. Aizat kate time sekolah aku serabai! Kwaja an? Serabai sangat ke? erk!



Ni sume classmate aku. Pandai-pandaila korang cari yang mane satu aku disebalik keterjalan budak-budak class aku.


Nie antara geng-geng aku time sekolah dulu. Sebelah aku tu aty, sebelah aty ialah balqis. Selambe je aku pakai sekop hitam macam sekolah bapak aku padahal seingat aku sekali dua je bapak aku datang sekolah nie..


Tengokla ni,,bab-bab gantung menggantung semua pass kat aku kan..? Si Eric jahanam tu pulak amek kesempatan buat stok-stok bahan. Time ni class aku buat jamuan kelas..Yang terakhir lak tu..tsk tsk T_____T Jadi hias-menghias gantung menggantung ni depa pass kat aku.


Beliau adalah si jahanam yang dimaksudkan di atas. Memang agak serabai jugak sebenarnye aku time-time sekolah dulu rupenye kan..?? Baru aku sedar..tsk tsk T________T




Laut nie terletak betol-betol sebelah class aku..So kalau boring-boring, Eric and the geng selalu la lepak-lepak kat tepi-tepi laut sambil-sambil makan seafood, snorkling, diving, bla bla bla~ Kalau aku and the geng pulak,.boring-boring kitaorang lepak-lepak dalam kelas mengumpat die tu, die nie..tak kurang juga kadang-kadang mengumpat cekgu!


tukang-tukang pomen class aku..



yang buat kerja bertungkus-lumus semua perempuan, while yang lelaki....


crazy creations..



Guru-guru besau sekolah aku. Yang duduk tengah tu walaupon bukan paling besar, tapi dia ialah Pengetua sekolah saye. Yang berdiri tu pulak, cekgu class aku, Pn Rani Mukherji. Ngeh ngeh, Rani je sebenarnye ye. The rest, principle's penolongs...



Gengster pendek ni ialah Nazaty (epilogwannabe), my bff.Dulu time sekolah aku selalu pergi rumah dia, tidur kat rumah dia, mandi kat rumah dia, makan kat rumah dia..Haha, gila muke tak malu kan ko pompuan??



Kalau nak cerita satu-satu zaman sekolah aku, memang dua tiga hari belum tentu habis. Last pic, yang sebelah aku tu bff aku, Wan Habibah. Dari form 1 aku rapat giler-giler dengan die..Sekarang dah jadi mak orang dah dia. Tak caye terjah sini epiloghidup. Sebelah belon tu pulak petak. Nama sebenar Nazri Mat Irani. Aku ingat-ingat lupa. Die neh bakal cekgu kot kalau tak silap. Tapi dia dulu sport star sekolah aku. Nanti jadi cekgu PJK kot. Aizat? Tak payah ceritalah. Mamat poyo class aku!


p/s : lepas nie aku nk buat entry zaman kebebasan aku lak. Bile tu?? yang itu yang kite tak tau tu..tengokla free-free nanti..

ENTRY YANG SANGAT MEMBOSANKAN..

Assalam..fenomena result exam berulang lagi hari nie. Semalam gasakla aku membuang email aku yang beribu-riban penuh dengan noti FB tuh. Agak berpeluh-peluh ketiak..Itu pon tak habis2 lagi. Dari zaman bile aku start facebooking, aku pon confius. Berbalik pada cerita pasal email tadi..tujuan aku nak buang email dalam inbox yahoomail yang beribu-riban tu sebab nak bagi ruang yang BESARRR untuk UiTM send result aku. Jadi siap-sedialah kan..sambil tunggu result masuk kt inbox sambil tu aku buang email. Sudahnye dah beribu-riban aku buang email, takdek satu pon yang masok!

Depa kata 22hb dah buleh check dah..Depa tuleh situ memeyla start buleh check pukul 9.00 pagi. Tapi aku tau sangat la tu..pukul 2 3 pagi dah ade jembalang-jembalang yang update status kat FB kate dah dapat result. Kalo ko stress ke tak stress, orang lain dah dapat result ko lum dapat check lg?? Last-last aku dah penat, da fedap tekan buang tekan buang..Pap! tutup lappy, baring, terus berdengkorrr~ (dalam hati, ape nak jadi, jadila..esok jela aku check)

Pastu pagi ni aku bangun-bangun, otak aku terus bagi arahan, bukak lappy! Bukak punya bukak dah terpampang inbox aku. Tapi malangnya takde satu pon email-email yang bercirikan result exam dalam inbox aku tu. Arrrgghhhh~ baran sungguh! Apehal UiTM ni?? Masuk kali ni dah dua sem aku tak dapat email yang send result exam aku. Bukak FB tengok-tengok dah berlambak-lambak noti pasal result exam. Stresssnyeee~!

Aku dengan sangat tension nye pergi la berjalan-jalan kt FB nak tenangkan emosi. Jalan punya jalan barula aku teringat. Email UiTM!! Tula ko pompuan,,bangun tidur tak bace doa tak ape ko dah hadap lappy..padanlah lembab! tsk tsk T______T ..Aku baru teringat pasal student email yang UiTM dah buatkan tu. Depa bagi result exam kat situ kot!! Terjahhhh~ Ade! yipppppppiiiii~ hooorayyyyyyyyy!!

Dengan perasaan geram bercampur dengan geram lagi, aku pon bukaklah email result exam aku tu. Sekali lagi yeayyyyyyy! Alhamdulillah result aku sem lepas agak memuaskan. Satu hari ni aku sibuk tanya result kawan-kawan. Tak kurang jugak kawan-kawan yang sibuk tanye result aku. Tak lupa jugak kawan-kawan yang agk biadap pergi post kat wall aku, menimbulkan spekulasi seolah-olah aku dapat dekan, 4flat. Agak biadap ye pompuan-pompuan ni. Sudahnya ramai pulak yang ingat result aku gempak. Padahal result aku biasa-biasa je.

Ape pon, syukur alhamdulillah..Aku agak berpuas hati dengan result aku sem lepas. Berbaloi la dengan usaha aku. Untuk kawan-kawan yang genius belaka. Tahniah! Semuga sentiasa cemerlang dunia akhirat..

p/s : Maaf kalau ade yang mati kebosanan bace entry aku nie..menaip dengan agak melulu sebab busy melayan pompuan-pompuan yang buat hal kat wall aku..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, February 5, 2012

PEREMPUAN LAMBAT KAWEN-ANDARTU!!





Salam..Tiba-tiba otak aku ligat nak meluahkan sesuatu..Jadi aku harus menulis dengan agak pantas sepertimana jari-jemari aku memberi respon yang sangat laju dan jitu ketika bergossip di laman sosial..Kalau ditahan, mau berombak-ombak dada aku menahan emosi..Biasalah~ Isu panas!

Tahun 2012 umur aku bakal menjangkau DUA PULUH TIGA TAHUN..

Yes I'am almost! so???


Teman-teman seusia aku ramai yang sudah mula bertunang, kahwin, dan tak kurang juga yang lebih pantas, dah beranak dua! Kawan baik aku masa sekolah dulu juga dah kahwin..Dah ade anak sorang..Kawan aku dari kecik pon dah selamat kawin, tahun lepas..Ustaz kate orang perempuan nie paling lambat 25..Tapi pada aku, aku tak sompek nak kejar 25 tu nak kawin..

Manekan nak sempat..aku habis belajar pon paling-paling hujung tahun ni..Lepas tu tahun depan aku start keje umur aku 24 tahun..Baru setahun kerja umur aku dah 25 tahun..Takkan aku baru kerja setahun lebih sikit dah nak kahwin kaaan? Ouh lupa aku nak bagitau korang..Kawan-kawan aku yang dah kawin tu semuanye tak sambung study..Maksud aku diorang habis SPM or STPM je..Yang sambung study paling-paling pon baru bertunang..


Jadi bagi aku amatlah normal kalau perempuan yang sambung belajar sampai degree atau peringkat yang lebih tinggi macam aku nie, kawin pada usia matang! Usia matang tu maknenye 26 tahun la..27 ke, 28, 29, 30 ke..Yeke usia matang 30 tahun tu..Ataukah orang-orang diluar sane lebih sinonim dengan ANDARTU?? ataupon ANDALUSIA??


Ahh! Persetankan dengan menatang sinonim itu!! Aku manusia tabah yang mampu pekakkan telinga kalau ada suara-suara sumbang yang tanya bila aku nak kawin, aku dah boleh kawin, layak kawin, atau sinonim-sinonim yang lain yang sama sumbangnya atau lebih sumbang dari itu..

Cita-cita aku tinggi..nak capai bintang..dan luas~ seluas langit..dan kalaupon aku kawin, aku takkan kawin setakat nak melepaskan diri dari tanggungan keluarga..Aku nak jadi anak yang berbakti kepada keluarga..Aku nak balas jasa mak ayah..Selama 23 tahun mereka habiskan masa, wang, tenaga, dan apa saje mereka sanggup korbankan untuk aku dari kecil sampaila aku jadi aku hari nie..

Kalau aku kawin awal pon aku kene ikut laki aku,.Nanti siapa nak buat kerja rumah? Siapa nak borak-borak dengan mak aku? Siapa nak membebel-bebel mara adek-adek aku yang degil nak mampus tu?? Siapa nak teman mak aku pegi shopping..Siapa nak teman mak aku pergi sana? Siapa nak teman mak aku pergi sunun? Siapa??? Ahh! Sinetron sungguh! Tapi sungguh..satu hari nanti, ini yang aku kene tempuh..merelakan~


Lagipon kalau aku kawin nanti aku nak jadi isteri solehah, mithali..hehe~ Jadi isteri serba boleh..bukan setakat educated tapi kerja-kerja perempuan tak boleh buat..Aku nak kene pandai memasak, mengemas, membasuh, menjahit, pandai jage laki, makan pakai semua boleh jage sebaik mungkin..jage hati suami, maruah suami..dan sebagainye. Kalau kawin tapi tak pandai masak mau laki aku kene jadi bahan eksperimen! matikla aku hujung-hujung kene madu nanti..hisshhh mulut aku longkang sangat kan..Jadinye, nak kawin pon kene siap sediakan diri nak jadik bini orang..


Walau seperti apepon..jodoh itu urusan Allah..Kalau jodoh aku cepat aku terima..Kalau lambat pon aku redha..Untuk sesiapa yang tak sabar sangat nak tengok aku kawin tu..Nah!

Anggap saje ini pre-wedding,,


poyo nak mampus~ kate pre-wedding tadi..




Ko mampu lambai-lambai cenggini time kawin?


hehehe~ over lak kau nie kan..ingat kau princess ke Cik Dza?? Sapa-sapa yang nak sangat tengok aku kawin tu harapnye puas hati dengan gambar-gambar diatas..ok bai!
===========================