Sunday, August 5, 2012

NAMA KUIH NI APA??

Assalam..hari ni rutin dah bertukar tiba-tiba  sebab mak aku kene pegi checkup..So saye telah diamanahkan untuk jage metot (anak jiran aku yang mak aku jage, yang paling kecik skali). Kalau tak, takdenye aku nk hupdate blog pagi-pagi nie (pukul 11.42, bole diconsider pagi lagi).  Disebabkan kakak metot kene pegi tadika pagi-pagi dan takde sape yang nak melayan agah-agah dia maka aku paksa adek aku ponteng sekolah, layan metot sebagai precaution kalau dia meraung-raung. Walaupon nampak jahil dan keji, tapi adek aku suka sebab hobby dia memang ponteng sekolah.

Tu je nak cite pasal metot. Malas aku nak cerita perangai dia yang meraung-raung mintak kule-kule (gula-gula) pagi-pagi kat aku. Niat aku sebenarnye nak cite pasal onde-onde..Bila google image onde-onde tadi nak tunjuk gambar supaya lebih mudah bercerita, yang keluar dulu ialah kuih nie :


sedangkan yang dicari-cari ialah yang nie :
gambar dari google image, pada photog yang dah susa payah tangkap gambar kuih nie maafla saya sesuka hati rembat letak kat blog saya.

Lalu terkonfius sekejap yang mana satu kuih yang dipanggil onde-onde nie? Atau semua kuih termasuk karipap pun dipanggil onde-onde? ke cane? Kalau bulan puasa antara kuih yang aku selalu paksa adek aku beli time nak buka ialah popia goreng. Cream puff pun sedapppp jugaaa..Hewhew~ Tapi sebab adek aku si azhar tu yang kurang cerdik time nak pilih kuih-muih untuk hidangan berbuka, habis semua kuih yang berwarna hijau dia bawak balik, dari ketayap, seri ayu, termasuklah onde-onde (tu pun kalau betul yang hijau diatas ialah onde-onde). Maka bermula daripada situ timbullah isu pasal onde-onde si kuih hijau nie..

Apa sebenarnye nama kau nie? sory aku failed sikit bab-bab nama kuih-nuih muih tradisional nie memandangkan aku seorang yang sangat rugi sebab banyak benda dalam dunia ni yang tekak ala-ala manja aku tak reti nak terima. Selalunya object hijau diatas aku biasa dengar orang panggil kuih buah melaka. Tapi ada jugak yang argue dengan aku bila buah tu dibuang dan hanya dipanggil kuih melaka.


ini macam paham??

Nama kuih buah melaka aka kuih melaka tu mungkin diambil sempena intinya yang disumbatkan dengan gula melaka. Kalau gigit tengah-tengah kuih ni orang sebelah pon boleh terkena tempias gula melakanya. Maka dengan itu sumbat jela seketul masuk dalam mulut walaupon besarnya hampir menyamai sebijik bola golf. Selamat. Itu kalau inti gula melaka. Habis kalau sumbat dengan inti kelapa pulak dia panggil apa?? Onde-onde tu pulak datangnya dari mana?? Dah aku malas nak argue..panggil jela apa nak panggil pun. Makan jela senyap-senyap.

Malam tadi dapat mesej dari bff aku mase sekolah dulu..

gafil gemok : yang, esok jum buka sama. balos, ayu. Ayu amek kul 5 camtu ah. Nak?
jessica alba : Nak2! jum! yeay!! seronoknyaaa...
gafil gemok : 017xxxxxxxx ni nomo ayu. (gile keji aku x simpan nomo bff sendirik)
jessica alba : okiee..muah! ;)

*bila kumpa jumpa kawan-kawan..siapla mulut nak bising-bising..gelak macam orang gila!

p/s : terima kasih Allah..anugerahkan aku sahabat yang tak pernah hilang seperti mereka.. :')

2 comments:

Syiha Othman said...

oit..seri ayu? mcm pelik je..seri muka ler..muahaha!!

Zaara Hayat said...

oit..seri muka wakluuu..
memandai je ea ko neh feshrina..
huh!