Assalam..penat tak terkata..hati penuh dengan kekecewaan..banyak benda yang mengecewakan aku saat ni..Allah, tolong hamba buang jauh-jauh perasan ini..bisikkan pada hamba bahawa ini semua hanya ujian daripadaMu..UjianMu yang ingin mendengar rintihan seorang hambanya Ya Allah~
Rabb..
aku mengerti bahawa hidupku dan matiku adalah atas kehendakMU..
redhakan hatiku menerimanya walau dalam keadaan apa sekalipun ia..
dan jangan KAU palingkan hatiku walau sedetik pun Ya Fattah..
sentuhla hatiku agar kutahu bahawa KAU selalu ada didalam diri ini..
dalam setiap detik dan hela nafasku wahai penciptaku..
Rabb..
aku redha melepaskan sesuatu yang belum pasti milikku..
kerana aku tahu tiada apa yang aku miliki dengan sifat sempurna..
kerana kesempurnaan dan yang abadi itu hanya MilikMu Ya Muhaimin..
dakaplah aku agar aku tidak merasa jauh dari kasih sayangMu..
agar aku tidak pernah merasa ketandusan hidup tanpa cintaMu..
Rabb..
izinkan aku memberi kebahagian kepada mereka yang aku sayangi..
jangan pernah aku tergamak melukakan hati mereka walau sedikitpun..
dan jangan biarkan aku tega menghiris luka di hati mereka..
bahagiakan mereka tuhanku meski aku harus derita kerananya..
sesungguhnya aku redha demi mereka yang aku kasihi Ya Quddus..
Rabb..
anugerahkan cinta ini kepada yang tahu harga kasih sayang ini tuhanku..
dan biarlah cinta itu tidak membatasi cintaku padaMU Ya Raqib..
kurniakanlah kepadaku dia yang mampu menjadi imamku..
dan meredhaiku agar aku selalu berada dalam keredhaanMU..
dan juga yang bakal menuntunku ke pintu syurgaMU Ya Allah..
Amin Ya Rabb..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment