Wednesday, May 29, 2013

PIALA FA JDT vs PAHANG - MEMALUKAN!

 





Assalamualaikum uollss. khrkhr, Feeling akak senduk sangat ko kannn. Semalam aku memang penat tahap kambing. Pagi-pagi aku dah kene masak nasi goreng. Dua hari mak aku pegi kursus, ai naik taraf dari bibik jadi masterchef uolls. Masterchef? Puiii! Ok takpe nanti lepas habis masterchef celeb ni korang tunggu next mastecep ai topten okeyhh. Hahahaha! Ok tak kelakar ek? 
 
Sekarang ni kenapa cite pasal masak? Tepek atas tu cite bolasepak? khrkhr..(ini cara gelak paling latest ok ai bukan tercekik tulang ayam). Ok ini sudah merapu, sambung balik cerita tadi. Semalam aku ada interview pukul 2. Balik interview kene masak untuk lunch pulak. Tapi pukul 4 baru aku siap masak. Inilah maksudnya penat tahap kambing. Paham ke tidakk? Malam tu mata dah rabak sangat-sangat. Tapi sebab ada bola JDT lawan so aku terpaksa rabakkan lagi mata aku.
 
Family aku pukul 8 setengah dah standby depan tiwi. Aku rilek-rilek lagi dalam bilik main candy crush. Kang kalau aku tengok awal-awal tunggu diorang membebel sempat aku lukis peta europe kang. Syok-syok aku main game aku ingatkan game dah start. Tapi aku still layan candy crush lagi. Biakan dulu. Kang kalau da gol sebijik dengar adik-adik aku sorak baru aku cadang nak tengok. Tapi satu jam game start camtu aku pelik kenapa tak de bunyi pape.
 
Tapi aku sambung layan candy crush lagi. Lepas tu si ecah gemok masuk bilik. Dia cakap nasib baik aku tak tengok, bola tak start-start lagi. And masa tu ai was like huhhhhhhh?? Biar betik? Apesal pelik sangat bola malam ni game patot start pukul 8.45 tapi nak dekat pukul 10 pon tak start lagi. Aku tak puas hati aku pon keluar tengok mana tau si ecah gemok tipu aku.
 
Elok je aku keluar tengok-tengok kat atas padang stadium darul makmur tu ada sekor kucing tengah cari port nak berakk! Ahaaiii..ini serius kelakar! Player JDT and Pahang nanti jangan sepak bola area-area situ ekk. hikhikhik. Bikin kontroversi je itu meoww. Panas! Esok-esok david teo offer sign contract dengan MIG leteww. Mana tau lepas ni boleh glemer macam bobo kann? Kan ke tak kann? Khrkhrkhr.

inilah si kucing kontroversi tuu..

Lepas tu aku tanya adik aku, pesal tak start lagi? Rupa-rupanya kecoh stadium pack gila sardin sampai ke track sana lepas tu ada pulak yang merusuh-rusuh sampai tercedera kak long Pahang, abang long kawasan JDT tu. Masa aku tengok tu keadaan dah terkawal sikit. Mana tak nye..sultan pahang sendiri turun track mencemar kebawah duli pegi tolong leraikan kekecohan dan ketegangan kat stadium tu. Yang ni aku salute habis tabik springg!! Tapi yang tak bestnye kenapa mesti sultan pahang kene tengok sendiri tingkah laku rakyat yang boleh dikatakan biadap tu? Mana pergi rase hormat pada sultan yang sama-sama saksikan perlawanan tu?
 
Lepas tu ketua polis yang jaga game tu pon dah sahkan game adalah selamat untuk dilangsungkan. Tapi tak lama lepas tu time ketua polis tu tangah tawaf-tawaf stadium tiba-tiba melingkup huru-hara  balik bila penyokong JDT kene baling batu dari arah luar stadium. Probably dari penyokong-penyokong yang tak berjaya masuk la kut. Masa tu dah tak terkawal balik dah. Punggung masing-masing dah terbakar aku rasa. Penyokong JDT pun dah diarahkan keluar ke track balik untuk elakkan kecederaan.
 
Tadi aku tengok berita, FAM kata jumlah penonton bukan punca pada masalah tu. What a joke! Habis tu apa?? Kapasiti stadium adalah 35000 orang. So 35k tiket dah dijual. Soalan aku kat sini. Kalau tempat duduk tu cukup-cukup 35000 kenapa ada yang tak dapat duduk lepas tu sampai keluar track? Ke kapasiti 35000 tu dikira tempat duduk, temasuk dengan kawasan track atau mungkin termasuk keluasan padang sekali?? Maknanya kalau penuhkan tempat duduk, penuhkan track, penuhkan atas padang, baru dapat jumlah kapasiti yang boleh masuk 35k tu? Macam tu?
 
Lagi satu nak bagitau kat sini, kalau bukan sebab overload, penyokong takkan terlepas sampai ke track, dan kalau penyokong tak duduk atas track so tak adalah kecoh-kecoh tak ada seat nak tengok game kan? Kalau tak kecoh-kecoh so tak adalah nak bergaduh baling-baling objek kan? Kan ke tak kannn? Lagi satu aku tengok kat tenet tadi ada yang beli  tiket palsu? Siapa yang jual? Kalau ada yang beli tiket palsu no wonder la ramai yang tak dapat duduk. Tulaaa, lain kali check betul-betul kat entrance tuuu. Kan da kene denda 100K. Ahaiii!
 
ok sekarang kite tengah main cari beza antara tiket brader tu dengan brader tu. sila cari.

Aku malas nak amek port cite-cite gaduh kat mesia ni. Siapa kata malaysia ni aman? PRU pon gini, bola pon gaduh. Tapi bola lagi teruk. Kottt. Point yang paling penting aku nak cite dalam entry yang panjang nie sebenarnyee..nasihat aku pada penyokong-penyokong, toksah la fanatik sangattt. Rilek-rilek je da la. Kan ade Nunez. Tak malu ke dia tengok? khrkhrkhr. Apesal Nunez je? Ok sebenarnya aku tak suka player pahang yang negro tu. Sapa nama dia? Negro ekk? Ke tak? Hahah! Sebab hari tu dia tak semena-mena pegi tumbok safee sali? Safee ke sape tah ai tak hengat! hewhew. Apahal ngko?
 
Memang karangan point paling penting letak kat dua perenggan yang last. Kan? Ok lagi satu pesan aku, pada ahkak-ahkak, ibu-ibu, makcik-makcik, Toksah la p tengok bola sampai ke stadium sana ekk. Depa nie kalau dah naik syehh bukan depa heran laki-laki ka pompuan depa tibai. So untuk keselamatan. Dok umah jela tengok tiwi ek. Lagi satu aku tak faham ada yang bawak baby dia pegi tengok game tu. Hai kak, baby nak tolong sorak sekali ke? Ada otak fikirla. Kalau ada apa-apa jadi kat baby tu tak ke menyesal? Kalau akak tak sayang baby tu saya sayang. So tolong jangan bawak baby tengok bola yea. Majulah sukan untuk negara! Go KJ go! tetibaaa. Okbai.
 

Friday, May 24, 2013

HARI PERTAMA

 
Assalam. Lama sudah aku tak update blog. Jangan kata nak update, jenguk pun belum tentu. Haishh. Terasa diri ini teramat loser bab-bab hupdate blog gini. Malam ni, dengan didorong oleh perasaan rindu yang membuak-buak dan menggebu-gebu pada segamat, jum lah kita update sini pulak.
 
Hampir lima tahun aku kat segamat. Dulu mase mula-mula dapat diploma kat UiTM Segamat, aku rasa teruja tapi dalam masa yang sama risau tu tetap ada. Yela aku tak pernah tinggalkan rumah, ni lah masanya aku nak kene belajar hidup berdikari. Ni lah masanya aku nak merasa sepak terajang dunia luar. Lagi satu bende yang buatkan aku jadi semangat bila ada kawan sekolah aku yang dapat segamat jugak. Plus rumah Pak Uda aku pon kat segamat, lebih kurang 15km dari kampus UiTM Segamat. So okay la, lets do it well.
 
Jadi aku decide untuk terima tawaran tu. Sampai mase mak ayah adik aku hantar, bila sampai segamat aku masih tenang. Tapi bila masuk jalan ke UiTM perasaan berdebar-debar tu makin terasa. Bila aku pandang keliling. Hutan. Ade la juga rumah-rumah kampung sepanjang jalan nak masuk UiTM. Tapi apa yang aku nampak waktu tu surrounded by hutan. Apa nak cakap. Perasan masa tu teramat la risau. Macam mana aku nak hidup dalam hutan ni?
 
Bila sampai UiTM, dalam otak aku fikir macam mana la aku nk hidup dalam hutan ni. Memang totally surrounded by hutan. Awal-awal bende yang nak kene buat ialah sessi pendaftaran. Demi Allah ini pertama kali dalam hidup aku handle bende untuk diri aku sendiri. Ok ini pun loser. Aku rase quite nervous mase tu. Mase registration tu sebenarnye aku terjumpa one of my roomate. Tapi masa tu tak tau lagi dia tu akan jadi roomate aku.So, act pretty jela. Alhamdulillah hal registration berjalan dengan lancar. Semua dokumen yang patut diserahkan ada dengan aku. Kalau tak ada masak! Mau aku nangis kat situ. First Timeee.
 
Bila dah selesai hal registration tu, aku mula rase macam menyesal pulak aku datang sini. Alahai, habis apa aku expect? Menangis sambil keraskan diri macam batu macam aku buat mase mak aku nak hantar sekolah teknik dulu lepas tu cakap dengan mak aku, aku tak nak tinggal situ nak ikut mak aku balik? Oh nooooo. Aku tau mase tu pakai taktik ape pun takkan berkesan.
 
Jadi dengan rase berat hati aku terpaksa teruskan dengan jalan yang aku dah pilih tu. Bila sampai kolej (hostel) lagi rase nak meletup jantung aku. Mak, ayah, adik aku dengan dah mula angkat-angkat barang hantar dalam bilik. Jadi aku pon dengan berat hati pindahkan barang-barang aku dalam bilik.
 
Bila masuk bilik aku Nilam 220, dah ada dua orang roomate aku kat situ dengan family diorang. Aku pun salam-salam. Bila dah selesai angkut-angkut barang, aku turun bawah nak hantar family aku balik. Mase aku salam cium-cium mak aku tu memang jantung aku dah meletup seratus peratus mase tu. Tapi apa nak buat. Menangis air mata darah sekalipun aku tetap kene tinggal kat situ jugak. Aku tengok family aku berlalu pergi sampai mereka hilang dari pandangan mata aku. Mase nie air mata aku dah berjurai-jurai. Makkk. ;(
 
Lalu aku pun berjalan sambil tunduk naik ke bilik, menangis-nangis aku dalam tunduk tu. Bila sampai bilik aku, ketiga-tiga roomate aku dah ada dalam bilik tu. Mase tu tak sorang pon muka diorang tu aku pandang, aku masuk terus kemas-kemas barang aku. Bila letak barang dalam almari, sorok muka sikit, lap air mata. Sebenarnya aku tengah menangis masa tu, sebab tu aku tak nak pandang muka diorang, Nanti kantoila aku nangis. Time ni lah diorang cop aku sombong!
 
Begitulah pengalaman hari pertama aku kat segamat. Asing. Tapi Alhamdulillah. Hampir lima tahun aku kat segamat. Segala yang asing tu dah terlalu sebati dengan aku. Yang asing tu dah jadi sebahagian dari hidup aku. Segamat bagaikan rumah kedua bagi aku. Tempat aku belajar banyak bende dalam hidup. Tempat aku kenal pelbagai jenis ragam manusia. Tempat aku merasa susah payah jerit perih untuk jadi seorang yang berjaya.
 
Sumpah saat ni aku terlalu rindukan segamat. Terlalu rindukan semuanya tentang segamat. Rindu nak pergi kelas, rindu kawan-kawan, roomate, housemate, classmate, rindu lecturer, rindu kolej, rindu bas kuning, rindu banglo oren, rindu teratak, pantai timur, rindu kedai kuning,  rindu karok ramai-ramai, rindu! Bila aku rindu, aku tengok balik gambar-gambar masa sepanjang aku belajar kat segamat dulu. Terubat sikit rindu tu. Sobss ;'(