Sunday, August 5, 2012

NAMA KUIH NI APA??

Assalam..hari ni rutin dah bertukar tiba-tiba  sebab mak aku kene pegi checkup..So saye telah diamanahkan untuk jage metot (anak jiran aku yang mak aku jage, yang paling kecik skali). Kalau tak, takdenye aku nk hupdate blog pagi-pagi nie (pukul 11.42, bole diconsider pagi lagi).  Disebabkan kakak metot kene pegi tadika pagi-pagi dan takde sape yang nak melayan agah-agah dia maka aku paksa adek aku ponteng sekolah, layan metot sebagai precaution kalau dia meraung-raung. Walaupon nampak jahil dan keji, tapi adek aku suka sebab hobby dia memang ponteng sekolah.

Tu je nak cite pasal metot. Malas aku nak cerita perangai dia yang meraung-raung mintak kule-kule (gula-gula) pagi-pagi kat aku. Niat aku sebenarnye nak cite pasal onde-onde..Bila google image onde-onde tadi nak tunjuk gambar supaya lebih mudah bercerita, yang keluar dulu ialah kuih nie :


sedangkan yang dicari-cari ialah yang nie :
gambar dari google image, pada photog yang dah susa payah tangkap gambar kuih nie maafla saya sesuka hati rembat letak kat blog saya.

Lalu terkonfius sekejap yang mana satu kuih yang dipanggil onde-onde nie? Atau semua kuih termasuk karipap pun dipanggil onde-onde? ke cane? Kalau bulan puasa antara kuih yang aku selalu paksa adek aku beli time nak buka ialah popia goreng. Cream puff pun sedapppp jugaaa..Hewhew~ Tapi sebab adek aku si azhar tu yang kurang cerdik time nak pilih kuih-muih untuk hidangan berbuka, habis semua kuih yang berwarna hijau dia bawak balik, dari ketayap, seri ayu, termasuklah onde-onde (tu pun kalau betul yang hijau diatas ialah onde-onde). Maka bermula daripada situ timbullah isu pasal onde-onde si kuih hijau nie..

Apa sebenarnye nama kau nie? sory aku failed sikit bab-bab nama kuih-nuih muih tradisional nie memandangkan aku seorang yang sangat rugi sebab banyak benda dalam dunia ni yang tekak ala-ala manja aku tak reti nak terima. Selalunya object hijau diatas aku biasa dengar orang panggil kuih buah melaka. Tapi ada jugak yang argue dengan aku bila buah tu dibuang dan hanya dipanggil kuih melaka.


ini macam paham??

Nama kuih buah melaka aka kuih melaka tu mungkin diambil sempena intinya yang disumbatkan dengan gula melaka. Kalau gigit tengah-tengah kuih ni orang sebelah pon boleh terkena tempias gula melakanya. Maka dengan itu sumbat jela seketul masuk dalam mulut walaupon besarnya hampir menyamai sebijik bola golf. Selamat. Itu kalau inti gula melaka. Habis kalau sumbat dengan inti kelapa pulak dia panggil apa?? Onde-onde tu pulak datangnya dari mana?? Dah aku malas nak argue..panggil jela apa nak panggil pun. Makan jela senyap-senyap.

Malam tadi dapat mesej dari bff aku mase sekolah dulu..

gafil gemok : yang, esok jum buka sama. balos, ayu. Ayu amek kul 5 camtu ah. Nak?
jessica alba : Nak2! jum! yeay!! seronoknyaaa...
gafil gemok : 017xxxxxxxx ni nomo ayu. (gile keji aku x simpan nomo bff sendirik)
jessica alba : okiee..muah! ;)

*bila kumpa jumpa kawan-kawan..siapla mulut nak bising-bising..gelak macam orang gila!

p/s : terima kasih Allah..anugerahkan aku sahabat yang tak pernah hilang seperti mereka.. :')

HATI YANG MENANGIS

Assalam..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Aku juga manusia..dan aku seorang perempuan..kalau seorang perempuan tu kata dia sedang sedih tapi dia tak mengeluarkan air mata bererti dia sedang menangis di dalam hati..Itulah perempuan..



Tanyalah mana-mana kawan-kawan aku semua describe aku nie gila, senget, sengal, muka cantik tapi perangai tak senonoh, tak pernah jumpa orang perangai macam aku..dan kalau tanya atau tak payah tanya pon macam-macam bende yang keluar untuk describe diri aku. Aku tak nafikan semua yang diorang cakap tu betul..Sebab bila aku dengan kawan-kawan aku, aku jadi orang yang banyak cakap, banyak gelak, buat perangai entah apa-apa..sampai kadang-kadang tu diorang pon naik malu dengan perangai gila-gila aku..

Perangai aku memang macam ni..aku suka tengok kawan-kawan aku gembira, gelak-gelak..Aku suka hiburkan hati kawan-kawan aku..Kalau dengan perangai gila-gila aku tu boleh buat diorang rasa happy sebab ada kawan yang macam nie, aku tak kisah siapa-siapa nak describe aku gila, senget, atau apa-apa saja..

Tapi dalam pada tu tak siapa tau hati aku..siapa sangka dalam pada perangai gila-gila yang aku buat tu aku sebenarnya tengah sedih, tengah menangis dalam hati..tak siapa tahu..Satu lagi perangai aku bila aku ada masalah yang aku rasa sangat-sangat berat dan aku sendiri tak mampu nak pikul, aku akan pendam masalah aku tu sendiri..kawan-kawan aku ataupun mak aku sendiri tak dapat nak rasa yang aku sebenarnye tengah ada masalah yang aku tak mampu nak pikul time tu..

Tanyalah mana-mana kawan aku pernah tak diorang nampak aku diam, murung, tak banyak cakap, sedih..? Jarang sangat-sangat..Sebab bila depan kawan-kawan, aku lupakan semua masalah aku, pendam semua masalah aku yang aku tak mampu nak pikul tu..mulut aku jadi bising, gelak macam orang gila..Itu diri aku..

Ada orang bila ada masalah suka cerita pada kawan-kawan, mak, boyfren, tulis dalam diary, update status kt fb, twitter..post entry kat blog..setiap orang ada cara tersendiri nak luahkan perasaan dan cerita masalah..Tapi yang paling penting sekali, mengadulah pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar..Tuhanku, anugerahkan aku kekuatan pada setiap ujian yang KAU berikan ini. Moga ujian yang KAU berikan ini menguatkan dan mengukuhkan lagi cintaku padaMU penciptaku..Amin Ya Rabb.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday, August 4, 2012

BINGKISAN HATI


Assalam..penat tak terkata..hati penuh dengan kekecewaan..banyak benda yang mengecewakan aku saat ni..Allah, tolong hamba buang jauh-jauh perasan ini..bisikkan pada hamba bahawa ini semua hanya ujian daripadaMu..UjianMu yang ingin mendengar rintihan seorang hambanya Ya Allah~

Rabb..
aku mengerti bahawa hidupku dan matiku adalah atas kehendakMU..
redhakan hatiku menerimanya walau dalam keadaan apa sekalipun ia..
dan jangan KAU palingkan hatiku walau sedetik pun Ya Fattah..
sentuhla hatiku agar kutahu bahawa KAU selalu ada didalam diri ini..
dalam setiap detik dan hela nafasku wahai penciptaku..

Rabb..
aku redha melepaskan sesuatu yang belum pasti milikku..
kerana aku tahu tiada apa yang aku miliki dengan sifat sempurna..
kerana kesempurnaan dan yang abadi itu hanya MilikMu Ya Muhaimin..
dakaplah aku agar aku tidak merasa jauh dari kasih sayangMu..
agar aku tidak pernah merasa ketandusan hidup tanpa cintaMu..

Rabb..
izinkan aku memberi kebahagian kepada mereka yang aku sayangi..
jangan pernah aku tergamak melukakan hati mereka walau sedikitpun..
dan jangan biarkan aku tega menghiris luka di hati mereka..
bahagiakan mereka tuhanku meski aku harus derita kerananya..
sesungguhnya aku redha demi mereka yang aku kasihi Ya Quddus..

Rabb..
anugerahkan cinta ini kepada yang tahu harga kasih sayang ini tuhanku..
dan biarlah cinta itu tidak membatasi cintaku padaMU Ya Raqib..
kurniakanlah kepadaku dia yang mampu menjadi imamku..
dan meredhaiku agar aku selalu berada dalam keredhaanMU..
dan juga yang bakal menuntunku ke pintu syurgaMU Ya Allah..

Amin Ya Rabb..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, August 1, 2012

STRESSSNYEEE LAHAI~


Assalam..lama dah tak hupdate blog neh..kan aku dah kata, balik je segamat memang confirm tumbuh lalang, bersemak samun maki hamun bagai blog neh..(yang maki hamun tuh reader blog tak semenggah ni lah ye..) Btw lupa nk ucap salam ramadhan pada semua.. :))

Maaf lah ye..Cik Dza busy yang teramat sangat..sem 5 nie tak taulah memey kelam kabut sangat jadual Cik Dza..mana nak kejar assignment lagi..presentation, mana nak submit report..quiz, test..pehhhh..busy mengalahkan pm! tu belum lagi nak fikir pasal tempat nak buat praktikal..bertambah-tambah stress haku.

Neh pon menaip sambil mencari journal untuk thesis saye..adoihhh..stress lagi! esok nak kene balik segamat tercinta nak hantar abstract, pastu ade class buat thesis dengan Miss Nadia Nurul Najwa advisor saye..pada kawan-kawan yang mintak email gambar, mintak tolong carikan tajuk thesis, mintak tolong carikan journal, mintak tolong email borang abstract, mintak tolong cari kucing ko yg hilang tu semua maafkan saye kalau saye lambat tunaikan permintaan korang yee..sesungguhnye haku nie tak berapa nak sehat dan lagi sebenarnye  haku agak malas nak mengadap lappy..hewhew >,<

Tu je nak cerita buat masa ni..kang cite melalut lama lagi kat sini journal kemana abstract kelauttt..sambung lain kali la yea semua..kalau tak hupdate gak sila hina saye di fb ataupon twitter..okbai!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~